Program HSP 3.0 ini adalah Program Saringan Kesihatan anjuran PERKESO menawarkan pemeriksaan kesihatan PERCUMA kepada pekerja yang layak bagi bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser, dan risiko penyakit jantung.
Melalui HSP 3.0, PERKESO menawarkan semula saringan kesihatan secara PERCUMA kepada semua pekerja yang layak termasuk pekerja yang telah menjalani HSP sebelum ini. Selain itu, parameter saringan kesihatan turut ditambahbaik di bawah HSP 3.0 dengan menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko NCD.
Semakan Kelayakan bersama kami :
Antara syarikat yang membuat pemeriksaan HSP bersama kami :
Syarikat anda berminat untuk membuat saringan ini untuk pekerja-pekerja anda ?
Boleh hubungi pegawai kami untuk kami pergi membuat saringan disyarikat anda secara PERCUMA.
Tekan button dibawah untuk tempahan temujanji